Bertempat di Masjid Negeri Pulau Pinang, Persatuan Qaryah Masjid-masjid Negeri Pulau Pinang telah mengadakan Majlis Mesyuarat Agung Tahunannya pada 26 Disember yang lalu di mana majlis tersebut telah dirasmikan oleh Dato' Hj. Abdul Halim Hussain. Dalam ucapan perasmiannya beliau telah mengingatkan para pengerusi dan jawatankuasa khariah supaya bersedia mengharungi cabaran dalam memimpin masyarakat Islam di kawasan masing-masing. Beliau berharap pengerusi-pengerusi khariah dapat menunjukkan kepimpinan yang baik di peringkat khariah, berlaku adil dan meletakkan kepentingan agama Islam melebihi kepentingan politik. Perbezaan fahaman politik perlu diketepikan, manakala, aktiviti penyatuan dan perpaduan serta kasih sayang sesama Islam perlu ditingkatkan. Beliau juga megingatkan para pengerusi khariah supaya bersedia berdepan dengan arus perubahan khususnya kepimpinan baru MAIPP, kepimpinan negeri, perubahan teknologi dan perbedaan cita rasa golongan muda. Beliau seterusnya berharap supaya kerjasama yang lebih baik dipertingkatkan antara khariah dan ADUN-ADUN dan NGO bagi meningkatkan kualiti hidup dan mengangkat mertabat umat Islam.Akhir sekali beliau telah mengucapkan tahniah kepada kepimpinan Jawatankuasa Persatuan Qaryah Masjid Negeri Pulau Pinang yang dipimpin oleh Dato'Seri Yusuf Latif selaku YDP telah berjaya memartabatkan persatuan ini sebagai persatuan NGO Islam yang terbesar di negeri ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment