Thursday, December 31, 2009

PAMERAN MAKLUMAT SIVIK 2009 DI DUNPP

Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua DUN Pulau Pinang Yang Kedua Belas telah berlangsung selama lima hari bermula 30hb. November dan berakhir pada 4 hb. Disember, 2009. Jadual utama mesyuarat DUN pada kali ini ialah Pembentangan RangUndang-undang Perbekalan 2010 dan Usul Anggaran Pembangunan 2010. Mesyuarat DUN kali ini seperti mesyuarat-mesyuarat yang lepas boleh diikuti scara langsung melalui internet.
Sempena mesyuarat sidang DUN ini juga satu Pameran Maklumat Sivik telah diadakan selama dua hari bermula pada 30 November sehingga 1 hb. Disember, 2009 di perkarangan DUN P.Pinang. Pameran yang disertai oleh 10 buah badan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGOs) dan Pertubuhan Masyarakat Sivil (CSOs) yang anjurkan oleh Center for Public Policy Studies (CPPS) dengan kerjasama Pejabat Speaker DUN P.Pinang adalah bertujuan mengubungkan dan menjalinkan kersama yang lebih erat antara NGOs/CSOs dan penggubal dasar iaitu Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN). Pameran ini telah mendapat sambutan menggalakkan pengunjung dan maklum balas yang baik dari para ADUN yang percaya bahawa kerjasama yang erat antara NGOs/CSOs dan ADUN dapat menyelesaikan isu-isu tertentu dan memakmurkan rakyat. Pameran tersebut telah dirasmikan oleh YB Dato' Hj. Abdul Halim Hussain Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang. DUN P.Pinang menempa sejrah kerana nilah julung kalinya pameran oleh NGOs/CSOs diadakan di perkarangan sebuah DUN di Malaysia.

No comments:

Post a Comment