Pada 12 dan 13 hb. Oktober, 2009 Pejabat DUN P.Pinang dengan kerjasama National Democratic Institute (NDI) telah menganjurkan sebuah bengkel untuk para ADUN P.Pinang bertajuk "Memperkasakan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melalui Jawatankuasa-jawatankuasa Dewan". 22 ADUN kerajaan telah menghadiri bengkel ini manakala 11 ADUN pembangkang tidak turut serta. Bengkel ini yang bertujuan antara lain membekal maklumat kepada ahli-ahli dewan tentang 'reform' dan 'best practice' yang berlaku di DUN dan Parliament di beberapa negara di dunia yang boleh di contohi oleh DUN P.Pinang. Fokus khas telah diberikan kepada tajuk peranan Jawatankuasa-jawatankuasa Dewan yang merupakan penggerak utama aktiviti DUN. Bengkel ini telah memberi peluang para ADUN untuk berbincang dan berbahas serta 'brainstorm' langkah-langkah dan peluang bagi memperbaiki atau memodenkan insitusi DUN serta mengangkat martabat DUN dan para ADUN yang telah diberi mandat oleh rakyat untuk mewakili mereka. Penceramah utama bengkel ini ialah En.Scott Hubli, NDI Director of Governance Programs yang beribupejabat di Washington, USA dan Stephanie Lynn, Country Director, NDI Malaysia. Bengkel ini telah dirasmikan oleh YAB Ketua Menteri Tuan Lim Guan Eng.
Thursday, December 31, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment