Bertempat di Masjid Negeri Pulau Pinang, Persatuan Qaryah Masjid-masjid Negeri Pulau Pinang telah mengadakan Majlis Mesyuarat Agung Tahunannya pada 26 Disember yang lalu di mana majlis tersebut telah dirasmikan oleh Dato' Hj. Abdul Halim Hussain. Dalam ucapan perasmiannya beliau telah mengingatkan para pengerusi dan jawatankuasa khariah supaya bersedia mengharungi cabaran dalam memimpin masyarakat Islam di kawasan masing-masing. Beliau berharap pengerusi-pengerusi khariah dapat menunjukkan kepimpinan yang baik di peringkat khariah, berlaku adil dan meletakkan kepentingan agama Islam melebihi kepentingan politik. Perbezaan fahaman politik perlu diketepikan, manakala, aktiviti penyatuan dan perpaduan serta kasih sayang sesama Islam perlu ditingkatkan. Beliau juga megingatkan para pengerusi khariah supaya bersedia berdepan dengan arus perubahan khususnya kepimpinan baru MAIPP, kepimpinan negeri, perubahan teknologi dan perbedaan cita rasa golongan muda. Beliau seterusnya berharap supaya kerjasama yang lebih baik dipertingkatkan antara khariah dan ADUN-ADUN dan NGO bagi meningkatkan kualiti hidup dan mengangkat mertabat umat Islam.Akhir sekali beliau telah mengucapkan tahniah kepada kepimpinan Jawatankuasa Persatuan Qaryah Masjid Negeri Pulau Pinang yang dipimpin oleh Dato'Seri Yusuf Latif selaku YDP telah berjaya memartabatkan persatuan ini sebagai persatuan NGO Islam yang terbesar di negeri ini.
Thursday, December 31, 2009
SUMBANGAN KELENGKAPAN SEKOLAH BAGI SESI 2010
Pada 25 Disember baru-baru ini, YB Dato' Hj. Abdul Halim telah turun padang, menyampaikan sumbangan kelengkapan sekolah bagi pelajar-pelajar sekolah yang kurang berkemampuan di DUN Telok Bahang, DUN Pulau Betong & DUN Bayan Lepas. Majlis yang menyampaikan sumbangan dari kerajaan negeri ini bermula pada jam 11 pagi dan berakhir pada jam 6 petang, bermula di Surau al-Massakin (Pekan Telok Bahang), Dewan Balora (Kongsi) dan di JKKK Kampung Seronok, Bayan Lepas.
PAMERAN MAKLUMAT SIVIK 2009 DI DUNPP
Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua DUN Pulau Pinang Yang Kedua Belas telah berlangsung selama lima hari bermula 30hb. November dan berakhir pada 4 hb. Disember, 2009. Jadual utama mesyuarat DUN pada kali ini ialah Pembentangan RangUndang-undang Perbekalan 2010 dan Usul Anggaran Pembangunan 2010. Mesyuarat DUN kali ini seperti mesyuarat-mesyuarat yang lepas boleh diikuti scara langsung melalui internet.
Sempena mesyuarat sidang DUN ini juga satu Pameran Maklumat Sivik telah diadakan selama dua hari bermula pada 30 November sehingga 1 hb. Disember, 2009 di perkarangan DUN P.Pinang. Pameran yang disertai oleh 10 buah badan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGOs) dan Pertubuhan Masyarakat Sivil (CSOs) yang anjurkan oleh Center for Public Policy Studies (CPPS) dengan kerjasama Pejabat Speaker DUN P.Pinang adalah bertujuan mengubungkan dan menjalinkan kersama yang lebih erat antara NGOs/CSOs dan penggubal dasar iaitu Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN). Pameran ini telah mendapat sambutan menggalakkan pengunjung dan maklum balas yang baik dari para ADUN yang percaya bahawa kerjasama yang erat antara NGOs/CSOs dan ADUN dapat menyelesaikan isu-isu tertentu dan memakmurkan rakyat. Pameran tersebut telah dirasmikan oleh YB Dato' Hj. Abdul Halim Hussain Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang. DUN P.Pinang menempa sejrah kerana nilah julung kalinya pameran oleh NGOs/CSOs diadakan di perkarangan sebuah DUN di Malaysia.
BENGKEL PEMANTAPAN DEWAN UNDANGAN NEGERI P.PINANG
Pada 12 dan 13 hb. Oktober, 2009 Pejabat DUN P.Pinang dengan kerjasama National Democratic Institute (NDI) telah menganjurkan sebuah bengkel untuk para ADUN P.Pinang bertajuk "Memperkasakan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melalui Jawatankuasa-jawatankuasa Dewan". 22 ADUN kerajaan telah menghadiri bengkel ini manakala 11 ADUN pembangkang tidak turut serta. Bengkel ini yang bertujuan antara lain membekal maklumat kepada ahli-ahli dewan tentang 'reform' dan 'best practice' yang berlaku di DUN dan Parliament di beberapa negara di dunia yang boleh di contohi oleh DUN P.Pinang. Fokus khas telah diberikan kepada tajuk peranan Jawatankuasa-jawatankuasa Dewan yang merupakan penggerak utama aktiviti DUN. Bengkel ini telah memberi peluang para ADUN untuk berbincang dan berbahas serta 'brainstorm' langkah-langkah dan peluang bagi memperbaiki atau memodenkan insitusi DUN serta mengangkat martabat DUN dan para ADUN yang telah diberi mandat oleh rakyat untuk mewakili mereka. Penceramah utama bengkel ini ialah En.Scott Hubli, NDI Director of Governance Programs yang beribupejabat di Washington, USA dan Stephanie Lynn, Country Director, NDI Malaysia. Bengkel ini telah dirasmikan oleh YAB Ketua Menteri Tuan Lim Guan Eng.
Thursday, October 29, 2009
SIRI WACANA ISLAM & POLITIK SEMASA
Baru-baru ini, Y.B. Dato' Abdul Halim Hussain telah diundang oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Pulau Pinang, untuk menjadi salah seorang panel diskusi dalam Siri Wacana Islam & Politik Semasa, yang dianjurkan secara bulanan oleh NGO itu. Siri Ke-2 itu juga telah mengundang Pengerusi Future Global Network (FGN) Tuan Haji Ahmad Azam Abdul Rahman. Di antara kupasan menarik semasa diskusi tersebut adalah ke arah memberi kefahaman akan pentingnya demokrasi dalam menjamin masa depan masyarakat dan sebagai mekanisme menyatupadukan seluruh komuniti di negeri ini. Majlis turut disertakan dengan sesi soal jawab.
Wednesday, October 28, 2009
MALAM MESRA DEEPAVALI DUN BATU UBAN 2009
Pada tanggal 24 Oktober yang lalu, YB Dato' Abdul Halim Hussain serta isteri telah memenuhi undangan Rumah Terbuka Deepavali YB Raveentharan, ADUN Batu Uban. Majlis yang meriah itu turut dihadiri oleh pemimpin tempatan dan masyarakat berbilang kaum.
RUMAH TERBUKA DEEPAVALI PERINGKAT NEGERI
Baru-baru ini, bertempat di Taman Chai Leng, Perai telah berlangsung sebuah Majlis Rumah Terbuka Deepavali anjuran Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Pelbagai kaum dari seluruh pelusuk negeri telah hadir bersama-sama meraikan majlis tersbut. T.Y.T. Yang diPertua Negeri Pulau Pinang serta isteri turut hadir bersama rakyat pada malam tersebut.
Friday, October 23, 2009
LAWATAN BIRO PENDIDIKAN PKR MELAKA KE DUNPP
Pada 20 Oktober yang lalu, seramai lebih 30 orang rombongan daripada Biro Pendidikan PKR Melaka telah membuat lawatan ke bangunan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang. Di dalam rangka lawatan tersebut, mereka telah diberi taklimat tentang fungsi DUN Pulau Pinang dan peranan demokrasi dalam membangunkan rakyat oleh Speaker DUNPP, YB Dato' Hj. Abdul Halim Hussain. Selapas aktiviti tersebut, rombongan di bawa melawat Dewan Persidangan dan beberapa fasiliti yang terdapat di dalam bangunan DUNPP.
Tuesday, October 20, 2009
PERASMIAN KURSUS HAJI PERDANA NEGERI 1430 H
Pada 17 Oktober yang lalu dan bertempat di Dewan Milenium Kepala Batas, sebuah Lembaga Tabung Haji telah menganjurkan Kursus Perdana untuk 2,000 bakal haji dari seluruh negeri Pulau Pinang. YB. Dato' Hj. Abdul Halim Hussain telah dijemput untuk memberi ucapan seterusnya merasmikan majlis tersebut. Di antara penekanan yang diberikan di dalam ucapan beliau adalah mengajak bakal-bakal haji agar menginsafi akan kesempatan yang diberi oleh Allah S.W.T. yang mengizinkan mereka mengerjakan amalan yang amat mulia itu. Seterusnya diingatkan agar manjaga adab dan akhlak ketika berada di tanah suci, pada akhir ucapan YB. Dato' Abdul Halim Hussain mendoakan semua jemaah bakal haji selamat pergi dan pulang dari Makkah al-Mukarramah dan mendaapat Haji yang Mabrur.
Wednesday, October 7, 2009
Salam Muhibbah!
Subscribe to:
Comments (Atom)