PEKAN TELOK BAHANG, SUNGAI PINANG & BUKIT GEMURUH @ 01.01.10 : Untuk meringankan beban keluarga-keluarga miskin, terutama anak-anak mereka yang bakal menghadiri sesi persekolahan yang baru, YB Dato' Abdul Halim Hussain telah mendapatkan kerjasama dari Pusat Urus Zakat (PUZ) untuk menyalurkan sumbangan khas ini. Kelengkapan sekolah yang merangkumi beg, baju dan kasut pelbagai saiz telah diserahkan pada penerima yang layak di dua buah tempat. Pertama bertempat di Surau al-Masakin, Kampung Nelayan Telok Bahang (jam 11 pagi) dan yang kedua di Dewan Sekolah Agama Rakyat (S.A.R.) Sg.Pinang, pada jam 4.00 petang dan yang terakhir di JKKK Bukit Gemuruh, jam 5.30 petang. Di dalam ucapan perasmian program tersebut, beliau menekankan akan kepentingan anak-anak menghargai jasa kedua ibu bapa mereka dan berusaha belajar bersungguh-sungguh sebagai membalas jasa mereka berdua.
Friday, January 8, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment