Friday, January 8, 2010

Perasmian Akademi Upaya Rakyat (AURA)

KONGSI, BALIK PULAU @ 03.01.10 : Tanggal 3 Januari 2010 merupakan detik yang bersejarah bagi rakyat di Balik Pulau. Akademi Upaya Rakyat atau singkatannya AURA sebuah pusat penggerak aktiviti komuniti/masyarakat telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Timbalan Ketua Menteri 1 Tuan Mansor Othman bertempat di Dewan Balora Mastika, Kongsi, Balik Pulau. Majlis tersebut telah dihadiri kira-kira 300 orang pimpinan JKKK dan ahli masyarakat seluruh Balik Pulau. Dalam ucapan perasmiannya YB TKM 1 berharap AURA menjadi penggerak masyarakat dan sentiasa mendampingi rakyat akar umbi bagi menangani segala isu dan masalah rakyat. Di samping AURa sewajarnya menjalin hubungan baik dengan jabatan-jabatan kerajaan, NGOs/CSOs dan ADUN2-ADUN bagi menambah kecekapan dalam perkhidmatan.

Sumbangan Kelengkapan Sekolah dari PUZ

PEKAN TELOK BAHANG, SUNGAI PINANG & BUKIT GEMURUH @ 01.01.10 : Untuk meringankan beban keluarga-keluarga miskin, terutama anak-anak mereka yang bakal menghadiri sesi persekolahan yang baru, YB Dato' Abdul Halim Hussain telah mendapatkan kerjasama dari Pusat Urus Zakat (PUZ) untuk menyalurkan sumbangan khas ini. Kelengkapan sekolah yang merangkumi beg, baju dan kasut pelbagai saiz telah diserahkan pada penerima yang layak di dua buah tempat. Pertama bertempat di Surau al-Masakin, Kampung Nelayan Telok Bahang (jam 11 pagi) dan yang kedua di Dewan Sekolah Agama Rakyat (S.A.R.) Sg.Pinang, pada jam 4.00 petang dan yang terakhir di JKKK Bukit Gemuruh, jam 5.30 petang. Di dalam ucapan perasmian program tersebut, beliau menekankan akan kepentingan anak-anak menghargai jasa kedua ibu bapa mereka dan berusaha belajar bersungguh-sungguh sebagai membalas jasa mereka berdua.

Perasmian Hari Bandaraya George Town

PADANG KOTA LAMA : 1 Januari 2010 baru-baru ini, bertempat di Dewan Bandaran, telah berlangsung sebuah program yang bersejarah, iaitu Hari Bandaraya George Town. Majlis yang gilang gemilang itu telah dirasmikan oleh YAB Tuan Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang. Semasa program ini, sebuah persembahan multimedia yang menarik telah ditayangkan, di mana ia menceritakan tentang detik-detik dan tokoh-tokoh bersejarah yang menyumbang kepada kegemilangan Pulau Pinanag pada hari ini. Selain itu, program 'Jejak Warisan' juga dilancarkan pada hari yang sama, yang disertai kira-kira 50 orang peserta.