Monday, August 23, 2010

Majlis Berbuka Puasa Pimpinan KEADILAN Pulau Pinang bersama Lim Guan Eng

Dari kiri, saudara Syed Mikael, Dato'Hj.Abdul Halim, YAB Lim Guan Eng & YB Mansor

Sebahagian diantara pimpinan KEADILAN Pulau Pinang


Para jemputan sedang mengambil juadah berbuka Puasa


Dato' Hj.Abdul Halim bersama YB Mansor,
YAB Lim Guan Eng dan YB Abdul Malik Kassim

Pada 23 Ogos 2010, seramai 120 Pimpinan KEADILAN Pulau Pinang dijemput oleh YAB Lim Guan Eng (Ketua Menteri) untuk bersama-sama di Majlis Berbuka Puasa . Majlis ringkas ini diadakan di Dewan Audotrium A , Tingkat 5 Komtar . Majlis bermula pukul 6:30 dengan ucapan alu-alaun oleh pengerusi majlis saudara Syed Mikael (Setiausaha AMK Pulau Pinang) dan penceritaan pengalaman narasi delegasi wakil ke Gaza Tn.Hj. Rashid .
Dato' Hj.Abdul Halim (Speaker DUN) dan YB Mansor Othman (Tim.Ketua Menteri I) turut berucap ringkas sementara menanti kehadiran YAB Lim Guan Eng . Ucapan YAB Lim Guan Eng klarifikasi mengenai isu -isu semasa di Pulau Pinang, yang kini mendapat perhatian di seluruh negara dan akhir kata beliau berharap pertemuan ini akan lebih mengeratkan siratulrahim antara pimpinan KEADILAN dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang

Thursday, August 19, 2010

MELAWAT BAZAR RAMADHAN BALIK PULAU

Bazar Ramadhan Balik Pulau

Salah satu gerai di Bazar Ramadhan Balik Pulau


Dato' Hj.Abdul Halim sedang beratur menunggu gilran membeli juadah


Dato'Hj.Abdul Halim sedang beramah mesra dengan pengunjung Bazar Ramadhan


Pada 12 Ogos yang lalu, Dato' Hj.Abdul Halim Hussain meluangkan masa bertemu kawan-kawan dan penduduk Balik Pulau di Bazar Ramadhan bersebelahan Masjid Daerah Barat Daya. Suasana meriah dengan dianggarkan lebih 800 pengunjung yang mengunjungi Bazar Ramadhan ini setiap hari. Terdapat lebih 30 gerai jualan yang menjual pelbagai juadah berbuka puasa. Peniaga dan pengunjung yang rata-ratanya adalah kawan Dato' Hj. Abdul Halim mengambil peluang beramah mesra. Menurut pandangan mereka, Bazar Ramadhan pada tahun ini kurang sedikit pengunjung berbanding tahun lepas kerana kenaikan harga makanan. Kenaikan harga petrol RM 0.05 sen dan harga gula RM 0.30 sen amat membebankan rakyat walaupun kerajaan menafikannya. Dato'Hj.Abdul Halim turut memberi pandangan agar kanopi digunakan pada tahun hadapan agar Bazar Ramadhan ini kelihatan lebih kemas dan selamat kepada pengunjung. Jutaan terima kasih kepada Pasukan Rela yang menjaga lalulintas dan keselamatan pengunjung disini dan akhir kata Selamat Berpuasa kepada semua..moga ukwah antara kita sentiasa terjalin..

Wednesday, August 18, 2010

MAJLIS HARI JADI TYT

Dato'Hj.Abdul Halim Hussain mengucapkan 'tahniah' kepada Tun & Toh Puan
Tun & Toh Puan bersama Dif-dif Kehormat

Sebahagian diantara tetamu yang hadir


Tun & Toh Puan sedang memotong kek

Bertarikh 4 Ogos 2010 yang lalu, YB Dato' Hj.Abdul Halim Hussain dijemput menghadiri Majlis Jamuan Teh sempena Sambutan Hari Jadi TYT Yang DiPertua Negeri Pulau Pinang ke-72, Peringkat Daerah Timur Laut. Majlis bermula jam 5.00 petang dan berakhir jam 6.30 petang. Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang (Dato' Zainal Rahim Seman), Tim.Ketua Menteri II (YB Prof.Dr. Ramasamy Palanisamy) Pegawai Daerah Timur Laut (En. Azizi Zakaria) dan dif-dif kehormat. Kehadiran lebih 1000 hadirin yang terdiri daripada pegawai, kakitangan kerajaan serta NGO menjayakan lagi majlis ini. Majlis disambut dengan sederhana tetapi meriah melambangkan kesederhanaan Tun Dato' Seri Utama (Dr.) Hj.Abdul Rahman Abbas yang amat disenangi oleh rakyat Pulau Pinang. Semoga Tun dan Toh Puan dipanjangkan usia serta senantiasa ceria selalu..