Sunday, April 18, 2010

MAJLIS JAMUAN MALAM MALAM KEADILAN CABANG BALIK PULAU 2010

Tanggal 17 April 2010 akan menjadi tarikh yang akan diingati oleh seluruh penggerak Parti Keadilan Rakyat di seluruh Balik Pulau. Pada hari yang bersejarah ini, satu Majlis makan malam telah dilaksanakan dengan jayanya! Kehadiran lebih 1200 hadirin yang memenuhi meja jamuan adalah bukti bahawa perjuangan PKR tetap menjadi pilihan rakyat sebagai parti masa depan mereka. Tambah menarik, majlis yang julung-julng kali diadakan ini dirasmikan oleh Presiden Parti, Dato' Seri Dr. Wan Azizah Datuk Wan Ismail. Turut sama menyampaikan ucapan pada malam tersebut adalah YB Tuan Mansor Othman (Pengerusi MPN Keadilan Negeri merangkap Ketua Cabang Keadilan Balik Pulau), YB Tuan Law Choo Kiang (Timbalan Pengerusi MPN), YB Tuan Abdul Malik Kassim (Naib Pengerusi MPN) dan YB Dato' Hj. Abdul Halim Hussain (Naib Ketua Cabang Keadilan Cabang Balik Pulau).


MAJLIS PENYAMPAIAN WANG PENGHARGAAN WARGA EMAS PERINGKAT DUN PULAU BETONG & DUN TELOK BAHANG

Bertarikh pada 8 April 2010, satu majlis khas bagi memberi penghargaan buat golongan warga emas di seluruh DUN Pulau Betong dan DUN Telok Bahang (semua kawasan kecuali kawasan Pekan Telok Bahang). Seramai 120 orang penerima bertuah dari pelbagai kaum telah menerima wang penghargaan sebanyak RM100 daripada kerajaan negeri. Wang tunai tanda penghargaan kerajaan negeri kepada jasa-jasa warga emas dalam pembangunan negeri, telah disampaikan sendiri oleh YB Dato' Hj. Abdul Halim Hussain.

LAWATAN KE PASAR MALAM PEKAN TELOK BAHANG

Selepas program di Kompleks Persatuan Nelayan Telok Bahang selesai, YB Dato' Hj. Abdul Halim Hussain meluangkan masa bertemu rakyat di Pasar Malam yang terletak tidak jauh dari kompleks tersebut. Beliau bertanya khabar dan bermesra dengan para peniaga dan pelanggan-pelanggan pasar malam yang hadir. Lawatan ini berhasil mengeratkan hubungan di antara pemimpin dan rakyat.

PROGRAM PENYAMPAIAN SKIM PENGHARGAAN WARGA EMAS PERINGKAT DUN TELOK BAHANG

Selepas Majlis Perasmian Sukan Sekolah-Sekolah Negeri Pulau Pinang di Kepala Batas, YB Dato' Hj. Abdul Halim Hussain meneruskan aktiviti kemasyarakatannya di Telok Bahang, kali ini di Program Penyampaian Skim Penghargaan Warga Emas bagi peringkat DUN tersebut. Majlis yang bertempat di Kompleks Persatuan Nelayan Telok Bahang itu dihadiri oleh 50 orang penerima wang penghargaan sebanyakRM100.

Monday, April 12, 2010

PERASMIAN SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH PULAU PINANG

Pada 6 April yang lalu, YB Dato' Speaker DUN Pulau Pinang telah dijemput untuk mewakili Ketua Menteri Pulau Pinang ke Majlis Perasmian Sukan Sekolah-sekolah Negeri Pulau Pinang. Majlis yang bertempat di Kompleks Sukan Bertam itu telah dirasmikan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Dato' Seri Utama (Dr) Hj. Abdul Rahman Abbas. Pelbagai persembahan menarik pada program tersebut, termasuk perbarisan lintasan hormat dan pertunjukan pancaragam.