Sunday, March 28, 2010

LAWATAN ADUN SERI MUDA KE DUN P.PINANG

Baru-baru ini, YB Shuhaimi, ADUN bagi Seri Muda, Shah Alam telah mengadakan lawatan khas ke Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang. Bersama beliau adalah rombongan pelajar seramai 2 buah bas, yang mewakili Pusat Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) di bawah kendalian beliau. Semasa lawatan itu, Speaker DUNPP, YB Dato' Hj. Abdul Halim Hussain, mengalu-alukan kehadiran mereka, dan dalam masa yang sama memberi penerangan tentang kepentingan demokrasi dalam membangunkan rakyat. YB Shuhaimi turut berkongsi berita dari Selangor dan majlis diakhiri dengan penyerahan cenderamata.

Monday, March 22, 2010

MAJLIS PENYAMPAIAN RM100 KEPADA WARGA EMAS PULAU PINANG

Tanggal 21 Mac 2010 bertempat di Kompleks Masyarakat Penyayang, merupakan detik bersejarah bagi seluruh rakyat Pulau Pinang. Ini kerana, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mengotakan janjinya untuk memberi penghargaan kepada warga emas di seluruh negeri, di mana kerajaan negeri sebelum ini gagal berbuat demikian. Kesungguhan itu dizahirkan dengan Majlis Penyampaian Rasmi RM100 Kepada 300 orang warga emas (Peringkat Pulau) yang disampaikan sendiri oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Tuan Lim Guan Eng. Turut sama menyampaikan sumbangan penghargaan ini ialah YB Tuan Mansor Othman, (TKM 1 Pulau Pinang) dan YB Dato' Hj. Abdul Halim Hussain, Speaker DUNPP.

Friday, March 12, 2010

LAWATAN JKKK CEMERLANG PULAU PINANG KE HADYAI, THAILAND

Pada tanggal 6-10 Mac 2010 baru-baru ini, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menghantar satu rombongan JKKK Terbaik Seluruh Pulau Pinang yang diketuai oleh YB Dato' Hj. Abdul Halim Hussain. Destinasi yang dipilih adalah Hadyai. Hadyai dipilih menjadi lokasi lawatan kerana kemampuannya merubah persepsi masyarakat dunia, dari sebuah lubuk 'lorong gelap' kepada sebuah daerah yang amat pesat membangun dan bersih dari aspek fizikal dan sosial. Banyak interaksi dua hala yang telah dijalankan dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Masjid di sana, dalam rangka mengambil contoh yang terbaik untuk diaplikasikan di tanahair.

Thursday, March 11, 2010

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1431 HIJRAH

Sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini disambut dengan beberapa program yang telah disusun oleh kerajaan negeri. Dua program yang utama adalah Acara Perarakan Maulidur Rasul serta Perhimpunan Ummah. Perarakan kali ini diadakan di sebelah pulau, dengan perjalanan dimulakan dari Padang Kota, pinggiran Georgetown dan ditamatkan di Dewan Seri Pinang. Acara diteruskan lagi dengan Forum Perdana yang dibarisi oleh penceramah terkenal, Ustazah Siti Nur Bahyah dan YDP Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang, al-Fadhil Ustaz Elias Bin Zakaria.

MAJLIS MAKAN MALAM TAHUN BARU CINA PKR RANTING SUNGAI PINANG

Pada tanggal 18 Februari yang lalu, sebuah Majlis Makan Malam sempena sambutan Tahun Baru Cina telah diadakan dengan jayanya. Majlis yang dianjurkan oleh PKR Ranting Sungai Pinang dengan kerjasama PKR Cabang Balik Pulau ini telah menghimpunkan hampir seribu orang penduduk berbilang kaum di Balik Pulau. Program ini dimulakan dengan persembahan tarian singa dan diserikan lagi dengan ucapan-ucapan oleh YB Dato' Hj. Abdul Halim Hussain (Speaker DUNPP), YB Tuan Mansor Othman (TKM 1 Pulau Pinang), YB Prof. P. Ramasamy (TKM2 Pulau Pinang), Law Choo Kiang (Exco Kerajaan Negeri), Lee Boon Chye (Naib Presiden PKR) dan YAB Tuan Lim Guan Eng (Ketua Menteri Pulau Pinang).

Monday, March 8, 2010

MISI SUMBANGAN PERUNTUKAN SEKOLAH CINA DARI KERAJAAN NEGERI

Pada 27-28 Januari 2010 yang lalu, YB Dato' Abdul Halim Hussain telah mengadakan lawatan ke Sekolah-sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Mubaligh di sekitar Balik Pulau. Misi lawatan ini adalah bermatlamat untuk menyalurkan peruntukan daripada Kerajaan Negeri kepada sekolah-sekolah yang memerlukan. Di antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah sesi taklimat dari pihak sekolah, tinjauan kawasan dan temuramah pihak media.

PERASMIAN BOTANICA CT

Baru-baru ini, YB Dato' Abdul Halim Hussain, telah dijemput ke Majlis Perasmian Botanica CT di Sungai Pinang. Majlis telah dirasmikan oleh YAB Ketua Menteri dan turut dihadiri oleh pemimpin-pemimpin tempatan.

AKTIVITI-AKTIVITI AURA JAN-MAC 2010

Akademi Upaya Rakyat (AURA) yang baru ditubuhkan pada 3 Januari yang lepas, terus aktif dengan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang bermaanfaat. Antaranya adalah menyertai Majlis Perasmian Pasr Malam Kampung Seronok, menganjurkan persiapan untuk Majlis Makan Tahun Baru Cina di Sungai Pinang, menziarahi penduduk-penduduk yang kematian ahli keluarga dan menghadiri kuliyah agama di Masjid Bayan Lepas.
KULIYAH MAGHRIB USTAZ MUTALIB MAAROF DI MASJID BAYAN LEPAS


MAJLIS PERASMIAN PASAR MALAM KAMPUNG SERONOK


MESYUARAT PERSIAPAN MAJLIS MAKAN MALAM TAHUN BARU CINA DI SUNGAI PINANG

MENZIARAHI KOMUNITI TIONG HUA YANG KEMATIAN AHLI KELUARGA