Monday, October 11, 2010

PERASMIAN NYAN RADIO, JENAZAH PAK TAM & RUMAH TERBUKA

PERASMIAN PEMBUKAAN NYAN RADIO DI KEPALA BATAS
Nyan Radio Electrical Sdn.Bhd di Kepala Batas


Dato' Abdul Halim bersama tetamu dan oran ramai yang hadir

Dato' Abdul Halim bersama Pengerusi dan Pengarah Nyan Radio Sdn Bhd
ZIARAH JENAZAH PAK TAM

Suasana di rumah Pak Tam
Jenazah Pak Tam sedang di bawa keluar

Penduduk kampung mengiringi jenazah Pak Tam untuk di bawa tanah perkuburan



MAJLIS RUMAH TERBUKA AIDILFITRI PEJABAT DAERAH BARAT DAYA

Dato' Abdul Halim bergambar bersama Pegawai Daerah dan tetamu yang hadir


Dato' Abdul Halim di samping Pegawai Daerah Barat Daya, menjamu selera.


Tarikh 6 Oktober 2010 yang lalu, Dato' Abdul Halim mewakili Dato' Dr Mansor Othman merasmikan Kedai Nyan Radio & Electrical Sdn Bhd di pekan Kepala Batas. Kedai peralatan elektrik ini adalah cawangan yang ke -3 di Pulau Pinang dan yang terbesar di Kepala Batas. Kehadiran orang ramai sejak awal pagi, menanti untuk membeli peralatan elektrik yang diberi potongan diskaun sehingga 70% sempena pembukaan rasmi. Perasmian Kedai Nyan Radio & Electrical ini adalah sejarah kerana bergabung bersama Samsung Sdn Bhd.
Sejurus itu, Dato' Abdul Halim bergegas ke Sungai Semambu Bukit Mertajam untuk melawat jenazah Pak Tam, aktivis dan reformis yang terkenal di Pulau Pinang. Semua pimpinan Pakatan Rakyat dari Pulau Pinang, Kedah & Perak datang memberi penghormatan terakhir. Pemergian beliau, satu kehilangan besar pada KEADILAN Pulau Pinang. Jasa & pengorbanan beliau tidak terbalas oleh parti. Semoga roh beliau dihimpunkan bersama para-para pejuang syahid, Al-Fatihah.
Seterusnya, Dato' Abdul Halim menghadiri Jamuan Hari Raya Pejabat Daerah Barat Daya jam 1.30 petang. Ramai kakitangan pejabat kerajaan yang berdekatan hadir memeriahkan majlis.

Friday, October 1, 2010

MAJLIS RUMAH TERBUKA AIDILFITRI

Jamuan Hari Raya Aidilfitri Jabatan Pertanian

Kehadiran tetamu VIP memeriahkan majlis

Dato' Abdul Halim bersama tetamu VIP


Majlis Aidilfitri Tenaga Nasional Berhad


Dato' Abdul Halim Hussain bersama TYT Tun dan Tun Puan serta
pimpinan kanan Tenaga Nasional Berhad Pulau Pinang



TYT Tun berkesempatan memberi duit raya kepada anak-anak yatim Pulau Pinang



TYT Tun dan Tun Puan turut meluangkan masa menghadiri
Majlis Rumah Terbuka Dato' SUK


Suasana di Majlis Rumah Terbuka Dato' SUK


Dato' Abdul Halim berkesempatan memberi ucapan hari raya


30 Sptember 2010 bersamaan 21 Syawal yang lalu, Dato' Hj.Abdul Halim dijemput menghadiri 3 Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri dan beliau berkesempatan meluangkan masa untuk menghadiri majlis tersebut.
Jam 11.00 pagi, Dato' Hj.Abdul Halim menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Jabatan Pertanian Negeri Pulau Pinang di Ceruk Tokun . Yb Law Choo Kiang, EXCO Pertanian, Industri Asas Tani & Pembangunan Luar Bandar merasmikan majlis tersebut. Majlis dimeriahkan dengan lebih 50 cabutan bertuah untuk tetamu yang hadir.
Seterusnya Dato' Hj.Abdul Halim menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Tenaga Nasional Berhad di Seberang Jaya. Jemputan Khas, Yang Berbahagia TYT Tun Dato'Seri Utama Hj. Abdul Rahman Abbas dan Tun Puan Dato' Seri Hjh. Majimor Shariff hadir menyerikan majlis. Yang Berbahagia Tun dan Tun Puan turut menyampaikan sumbangan duit raya untuk anak-anak yatim.
Jam 3.30 petang Dato'Hj.Abdul Halim menghadiri pula Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Dato' Zainal Rahim Bin Seman. Hampir 500 kakitangan kerajaan hadir mengambil peluang beramah mesra bersama Dato' Setiausaha. Yang Berbahagia TYT Tun bersama Tn Puan dan Exco-Exco Kerajaan Negeri, YB-YB, Ketua-ketua Jabatan hadir memeriahkan majlis.











Monday, September 27, 2010

PAMERAN CETAKAN ANTARABANGSA PULAU PINANG 2010

Dato' Hj.Abdul Halim Hussain, sedang memberi ucapan perasmian



Diantara sebahagian tetamu yang hadir


Diantara lukisan yang dipamerkan.



Dari kiri Dato' Tang Hon Yin, Dato' Hj.Abdul Halim Hussain bersama Prof Madya A.Rahman Mohamad


Pada 28 September 2010, YB Dato'Hj.Abdul Halim Hussain mewakili YAB Tuan Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang, merasmikan Pameran Cetakan Antarabangsa Pulau Pinang 2010 di Balai Seni Lukis Pulau Pinang, Dewan Sri Pinang. Majlis bermula dengan ketibaan Dato Hj. Abdul Halim Hussain jam 10.45 pagi .
Terdahulu ucapan aluan oleh Dato' Tang Hon Yin, Pengerusi Balai Seni Lukis Pulau Pinang dan ucapan oleh Prof. Madya A. Rahman Mohamad sebagai Kurator Jemputan. Ucapan perasmian, YB Dato' Hj.Abdul Halim menegaskan pentingnya aktiviti seni seperti ini kerana ia memberi banyak pendedahan ilmu dan pengalaman kepada umum lebih-lebih lagi aktiviti ini diangkat ke peringkat antarabangsa dan secara tidak langsung ia dapat menarik kehadiran pelancong dari dalam dan luar negara. Beliau turut berharap agar aktiviti ini diberi pendedahan dan promosi hebat dikalangan media tempatan dan media baru.
Pameran ini adalah yang terbaik pernah dianjurkan oleh Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang yang menghimpunkan lebih 40 pelukis dari 20 buah negara. Nilai lukisan yang di pamerkan bernilai lebih dari RM200 ribu.
Kehadiran orang ramai, kanak-kanak sekolah dan hampir 100 pelajar-pelajar dari Universiti Teknologi Malaysia ( UiTM ) Shah Alam memeriahkan lagi majlis pameran ini.

Monday, August 23, 2010

Majlis Berbuka Puasa Pimpinan KEADILAN Pulau Pinang bersama Lim Guan Eng

Dari kiri, saudara Syed Mikael, Dato'Hj.Abdul Halim, YAB Lim Guan Eng & YB Mansor

Sebahagian diantara pimpinan KEADILAN Pulau Pinang


Para jemputan sedang mengambil juadah berbuka Puasa


Dato' Hj.Abdul Halim bersama YB Mansor,
YAB Lim Guan Eng dan YB Abdul Malik Kassim

Pada 23 Ogos 2010, seramai 120 Pimpinan KEADILAN Pulau Pinang dijemput oleh YAB Lim Guan Eng (Ketua Menteri) untuk bersama-sama di Majlis Berbuka Puasa . Majlis ringkas ini diadakan di Dewan Audotrium A , Tingkat 5 Komtar . Majlis bermula pukul 6:30 dengan ucapan alu-alaun oleh pengerusi majlis saudara Syed Mikael (Setiausaha AMK Pulau Pinang) dan penceritaan pengalaman narasi delegasi wakil ke Gaza Tn.Hj. Rashid .
Dato' Hj.Abdul Halim (Speaker DUN) dan YB Mansor Othman (Tim.Ketua Menteri I) turut berucap ringkas sementara menanti kehadiran YAB Lim Guan Eng . Ucapan YAB Lim Guan Eng klarifikasi mengenai isu -isu semasa di Pulau Pinang, yang kini mendapat perhatian di seluruh negara dan akhir kata beliau berharap pertemuan ini akan lebih mengeratkan siratulrahim antara pimpinan KEADILAN dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang

Thursday, August 19, 2010

MELAWAT BAZAR RAMADHAN BALIK PULAU

Bazar Ramadhan Balik Pulau

Salah satu gerai di Bazar Ramadhan Balik Pulau


Dato' Hj.Abdul Halim sedang beratur menunggu gilran membeli juadah


Dato'Hj.Abdul Halim sedang beramah mesra dengan pengunjung Bazar Ramadhan


Pada 12 Ogos yang lalu, Dato' Hj.Abdul Halim Hussain meluangkan masa bertemu kawan-kawan dan penduduk Balik Pulau di Bazar Ramadhan bersebelahan Masjid Daerah Barat Daya. Suasana meriah dengan dianggarkan lebih 800 pengunjung yang mengunjungi Bazar Ramadhan ini setiap hari. Terdapat lebih 30 gerai jualan yang menjual pelbagai juadah berbuka puasa. Peniaga dan pengunjung yang rata-ratanya adalah kawan Dato' Hj. Abdul Halim mengambil peluang beramah mesra. Menurut pandangan mereka, Bazar Ramadhan pada tahun ini kurang sedikit pengunjung berbanding tahun lepas kerana kenaikan harga makanan. Kenaikan harga petrol RM 0.05 sen dan harga gula RM 0.30 sen amat membebankan rakyat walaupun kerajaan menafikannya. Dato'Hj.Abdul Halim turut memberi pandangan agar kanopi digunakan pada tahun hadapan agar Bazar Ramadhan ini kelihatan lebih kemas dan selamat kepada pengunjung. Jutaan terima kasih kepada Pasukan Rela yang menjaga lalulintas dan keselamatan pengunjung disini dan akhir kata Selamat Berpuasa kepada semua..moga ukwah antara kita sentiasa terjalin..

Wednesday, August 18, 2010

MAJLIS HARI JADI TYT

Dato'Hj.Abdul Halim Hussain mengucapkan 'tahniah' kepada Tun & Toh Puan
Tun & Toh Puan bersama Dif-dif Kehormat

Sebahagian diantara tetamu yang hadir


Tun & Toh Puan sedang memotong kek

Bertarikh 4 Ogos 2010 yang lalu, YB Dato' Hj.Abdul Halim Hussain dijemput menghadiri Majlis Jamuan Teh sempena Sambutan Hari Jadi TYT Yang DiPertua Negeri Pulau Pinang ke-72, Peringkat Daerah Timur Laut. Majlis bermula jam 5.00 petang dan berakhir jam 6.30 petang. Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang (Dato' Zainal Rahim Seman), Tim.Ketua Menteri II (YB Prof.Dr. Ramasamy Palanisamy) Pegawai Daerah Timur Laut (En. Azizi Zakaria) dan dif-dif kehormat. Kehadiran lebih 1000 hadirin yang terdiri daripada pegawai, kakitangan kerajaan serta NGO menjayakan lagi majlis ini. Majlis disambut dengan sederhana tetapi meriah melambangkan kesederhanaan Tun Dato' Seri Utama (Dr.) Hj.Abdul Rahman Abbas yang amat disenangi oleh rakyat Pulau Pinang. Semoga Tun dan Toh Puan dipanjangkan usia serta senantiasa ceria selalu..

Sunday, April 18, 2010

MAJLIS JAMUAN MALAM MALAM KEADILAN CABANG BALIK PULAU 2010

Tanggal 17 April 2010 akan menjadi tarikh yang akan diingati oleh seluruh penggerak Parti Keadilan Rakyat di seluruh Balik Pulau. Pada hari yang bersejarah ini, satu Majlis makan malam telah dilaksanakan dengan jayanya! Kehadiran lebih 1200 hadirin yang memenuhi meja jamuan adalah bukti bahawa perjuangan PKR tetap menjadi pilihan rakyat sebagai parti masa depan mereka. Tambah menarik, majlis yang julung-julng kali diadakan ini dirasmikan oleh Presiden Parti, Dato' Seri Dr. Wan Azizah Datuk Wan Ismail. Turut sama menyampaikan ucapan pada malam tersebut adalah YB Tuan Mansor Othman (Pengerusi MPN Keadilan Negeri merangkap Ketua Cabang Keadilan Balik Pulau), YB Tuan Law Choo Kiang (Timbalan Pengerusi MPN), YB Tuan Abdul Malik Kassim (Naib Pengerusi MPN) dan YB Dato' Hj. Abdul Halim Hussain (Naib Ketua Cabang Keadilan Cabang Balik Pulau).